Peperiksaan Untuk pelajar SPM SMKA Tunas 2011

Peperiksaan Untuk pelajar SPM SMKA Tunas 2011

FRIDAY, DECEMBER 31, 2010

Ditetapkan oleh Sektor Pengurusan Islam Sabah

Ujian Setara 1 / OTI 1 : 1 Mac - 11 Mac 2011

Ujian Setara 2 / OTI 2: 9 Mei - 20 Mei 2011

Ujian Setara 3 / Percubaan : 4 Julai - 15 Julai 2011

Soalan adalah diselaraskan untuk semua SMKA / SABK Sabah

Sekolah dibuka

Sekolah dibuka pada 3 hb.Januari 2011 . Keputusan GPS PMR sekolah meningkat dengan baik dengan mendapat GPS 1.67. Keputusan ini lebih baik daripada tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya . Bilangan pelajar mendapat 9A pada tahun ini adalah 6 orang , 8A sebanyak 15 orang , 7A sebanyak 10 orang . Tahniah kepada pelajar yang berjaya .....

Resepi Kejayaan

I - U = A2
I + U = C2
U - I = S2

Ingin - Usaha = Angan-angan
Ilmu + Usaha = Cita-cita
Usaha - Ilmu = Sia-sia

Dipetik dari http://akusukaaddmat.blogspot.com/2010/10/resepi-kejayaan.html

Keputusan PMR 2010 diumumkan pada 23 Disember 2010

SABAH

Di KOTA KINABALU, seramai 734 calon PMR di Sabah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 659 orang tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata 44 pelajar mendapat sembilan A, berbanding 19 orang tahun lepas, manakala terdapat pertambahan 46 calon yang memperoleh lapan A berbanding 340 tahun lepas.

Mereka yang mendapat tujuh A pula seramai 304 orang berbanding 300 tahun lepas.

Katanya seramai 20,378 orang daripada 38,741 calon yang menduduki PMR tahun ini lulus semua mata pelajaran berbanding 20,500 daripada 37,794 pelajar tahun lepas.

Dua belas sekolah mencapai kelulusan cemerlang iaitu Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

Turut cemerlang ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas).

Dipetik dari http://mersinghebat.blogspot.com/