Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah

Tunas terpilih untuk menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah yang selesai diadakan pada 24 Februari 2011 yang menyaksikan 3 Zon berentap di Dewan Besar Pusat Latihan Rela di Kg.Gayang , Tuaran .

Tunas , Semi dan Bandaraya menjadi wakil-wakil bagi Zon Inanam berentap dengan 2 Zon lagi iaitu Zon Tanjung Aru dan Zon Likas .

Pelajar Tunas menunjukkan kesungguhan yang hebat sehinggakan berjaya menempah tempat ke Final dan akhirnya menjadi Naib Johan Antara Regu . Tahniah Tunas !