Program Ashabul Imtiyaz dan Ashabul Jihad



Program Ashabul Imtiyaz telah selamat dijalankan pada 14 & 15 April 2011 di Resort Rasa Sayang , Bukit Kokol , Menggatal . Sebelum itu, program untuk Ashabul Jihad telah diadakan di Permai D'Valley pada 1- 3 April 2011. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan dalam kedua-dua program itu bertujuan untuk meningkatkan semangat perpaduan , kerjasama dan semangat atau motivasi untuk belajar dan mencapai tahap pencapaian yang tertinggi terutama dalam akademik mereka. Harapannya semua pelajar PMR dan SPM bersemangat tinggi dan akhirnya mencapai kejayaan yang manis dan cemerlang buat diri mereka dan mengharumkan lagi nama sekolah kita .

Pengumuman Kematian

Bekas pelajar Tunas SPM Tahun 2009 . Muhammad Alif Bin Jalil telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam 16/04/2011 . Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah . Ucapan takziah buat keluarga arwah .

Keputusan SPM Matematik Tambahan 2010 bagi Negeri Pahang



Menunjukkan bahawa seramai 8514 orang mengambil subjek ini dan 1570 orang mendapat keputusan yang cemerlang dan 3320 mendapat kepujian dalam subjek ini . Marilah kita dengan bersemangat bersama-sama menjayakan hasrat kita untuk mencemerlangkan diri dalam subjek Add Maths. Add Maths Score! Score Apa ? A+ 3 kali Insya Allah ...