Kejohanan Catur Peingkat Daerah Kota Kinabalu 2011

Pasukan catur sekolah kita mengambil bahagian dalam Kejohanan Catur Peringkat Daerah yang diiringi oleh guru penasihatnya Cikgu Sabri ( Guru Cemerlang ) dan Cikgu Kamariah . Peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat bahagian adalah pelajar yang bernama Faiqah. Pasukan catur kita turut diwakili oleh Nur Aini Haziqah ( 5IS ) dan rakan-rakan mereka dari kalangan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun .
Kejohanan tersebut diadakan pada 24 Februari di Dewan Holy Family . Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai dan berjaya . Semoga Success Selalu.

Wakil Bola Sepak Ke Peringkat Daerah Bawah 18 tahun

Mohd.Izzat Zaini terpilih sebagai bek kiri mewakili Zon Inanam bersama SMK Bandaraya untuk mengharungi Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah yang berlangsung pada 22 Februari yang lalu . Tahniah! Izzat , teruskan kecemerlangan anda di tahun hadapan.

Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah

Tunas terpilih untuk menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah yang selesai diadakan pada 24 Februari 2011 yang menyaksikan 3 Zon berentap di Dewan Besar Pusat Latihan Rela di Kg.Gayang , Tuaran .

Tunas , Semi dan Bandaraya menjadi wakil-wakil bagi Zon Inanam berentap dengan 2 Zon lagi iaitu Zon Tanjung Aru dan Zon Likas .

Pelajar Tunas menunjukkan kesungguhan yang hebat sehinggakan berjaya menempah tempat ke Final dan akhirnya menjadi Naib Johan Antara Regu . Tahniah Tunas !

Kejonanan Bola Jaring Daerah Kota Kinabalu 2011

Kejonanan Bola Jaring Daerah Kota Kinabalu 2011 dianjurkan oleh SMKA Tunas .
Pertandingan di antara zon-zon . Pada hari ini 23 Februari 2011 , dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang .

Kejohanan ini diadakan serentak dalam dua kategori Bawah 18 Tahun dan Bawah 15 Tahun

SMKA Tunas mencapai kejayaan yang membanggakan dengan menjadi Naib Johan Zon Inanam Bawah 15 Tahun dan menjadi Johan Zon Inanam Bawah 18 Tahun. Kejayaan sangat manis untuk Cikgu Eryana , Ustazah Zaihan Hairuzialani dan Cikgu Nooreza yang menjadi guru-guru bagi Pasukan Bola Jaring Sekolah .

Harapannya agar Bola Jaring tetap menjadi sukan pilihan pelajar Tunas . Tahniah ! Tahniah!

Keputusan Bola Sepak Bawah 15 Tahun 2011

SMKA Tunas sekali lagi hebat dengan menampilkan jaguh-jaguh seperti Mohd.Ariff Shukor , Mohd.Fadhil Izat , Mohd. Asyran Surahman , Ahmad Akhtar dan Mujaahid , Amri Ku Othman , Ameerul Syahadan untuk mengepalai skuad 15 tahun di dalam mengharungi gelora Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 tahun . Pada perlawanan pertama sahaja , kita sudah menang secara percuma kerana SM St.Peter Telipok telah menarik diri di saat-saat akhir , Tunas diberi kemenangan sebanyak 2-0 . Pada perlawanan kedua , Tunas bertemu dengan SMK tebobon , pada mulanya kita telah mendahului dengan 1-0 hasil jaringan Mohd.Ariff Shukor di separuh masa pertama . tetapi di separuh masa kedua menyaksikan yang Ahmad Akhtar tertewas 2 kali menjadikan kita tertewas 2-1 . Walau bagaimanapun pemain-pemain Tunas sangat bersemangat dan diucapkan tahniah kerama berjaya mempamerkan aksi-aksi yang cemerlang . Akhir sekali, Tunas berhasrat untuk menajdi Juara Zon pada tahun 2012 nanti . Insya Allah...
Dari Abdullah Omar RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

" (Di antara) orang yang paling dicintai oleh Allah Taala ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada manusia dan (di antara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim atau menghilangkan baginya kesulitan atau menyelesaikan hutang piutangnya atau menghilangkan baginya kelaparan.
Dan kalau aku berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan.
Dan sesiapa yang mengawal kemarahannya, Allah akan menutup auratnya (keaibannya) dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan dia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhkan hatinya dengan keredaan pada hari Kiamat.
Dan sesiapa yang berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya ( di Sirat) pada hari kaki-kaki tergelincir (dimasukkan ke Neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan sebagaimana cuka merosakkan madu. "

Hadis riwayat Imam Tabrani & Ibnu Abid Dunia
(Hadis Hasan- Kitab Sahih AlJami" 176

Keputusan Bola Sepak Bawah 18 Tahun Peringkat Zon Inanam

Pasukan Bola Sepak Tunas Bawah 18 Tahun berjaya mengalahkan Sekolah Seri Insan 2-1 pada perlawanan pertama , sekali lagi berjaya menewaskan SMK Bandaraya 1-0 pada perlawanan kedua , tetapi... tewas mengejut di tangan SMK Kolombong 0-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan . Menjadikan SMKA Tunas menduduki tangga ketiga dalam kumpulan walaupun jumlah mata sama , ini disebabkan SMK Bandaraya menewaskan SMK Kolombong 3-2 dan membelasah Seri Insan 8-0 SMK Kolombong pula dapat menewaskan Sekolah Seri Insan dengan 7-0 . SMK Bandaraya menang di Final setelah mengalahkan SMK Inanam 3-1 . Tetapi prestasi Tunas kali ni sangat baik dan tahniah kepada wira-wira Tunas.

Sukan Sekolah 2011

Kuning - Johan
Hijau - Naib Johan
Merah - Ketiga
Biru - Keempat

Perbarisan Terbaik Putera : Rumah Kuning
Perbarisan Terbaik Puteri : Rumah Merah

Olahragawati Bawah 18 Tahun : Nur Azian Mohd.Nazri
Olahragawan Bawah 18 Tahun : Mohd.Syahril Edeh
Olahragawati Bawah 15 Tahun : Siti Hajar Rupilen
Olahragawan Bawah 15 Tahun : Ku Amri Ku Othman

Rumah Kuning Juara Sukan Sekolah 2011 menjadikannya Juara Sukan Sekolah Untuk 3 tahun berturut-turut. Bilangan Pungutan Pingat Emasi adalah 14 Emas.

Ya Allah !! Selamatkanlah pelajar Malaysia di Mesir

Marilah kita bersama-sama berdoa atas keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir sekarang ni yang tengah bergolak ...

Anak-anak Cikgu Matdiris dan Ustaz Ku Othman ( PIBG ) selamat sampai ke tanah air.
Bola Sepak


Tahun 2011 - Pasukan Bola Sepak kita akan memasuki Perlawanan Bola Sepak Peringkat Zon . Latihan Bola Sepak dibuat hampir setiap hari untuk memantapkan benteng pertahanan dan bahagian serangan . Untuk Pengetahuan umum , pasukan sekolah berjaya mengalahkan Maahad Tahfiz dengan kemenangan 5-3 di dalam perlawanan persahabatan Bawah 18 Tahun .


Bawah 18 Tahun - 9 / 10 atau 11-12 Februari 2011

Bola Tampar

Sekolah kita menjadi Johan Peringkat Zon baru-baru ni . Tahniah kepada mereka yang berjaya!!!!