Sejarah Penubuhan Sekolah
Sejarah kewujudan SMK Agama Inanam bermula pada penghujung 1988 apabila sebuah sekolah menengah biasa iaitu SMK Inanam dicadangkan untuk ditukarkan menjadi sebuah Sekolah Menengah kebangsaan Agama.
Pihak jabatan pelajaran bersetuju dengan cadangan tersebut memandangkan kedudukan sekolah ini yang strategik dan hampir dengan pusat pentadbiran. Tambahan pula, sekolah menengah kebangsaan agama yang sepatutnya dibuka pada masa itu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ranau masih dalam proses pembinaan.
Pada peringkat awalnya , pelajar-pelajar tingkatan satu aliran agama ditumpangkan di sekolah ini. Terdapat empat kelas aliran agama dan 10 kelas aliran akademik pada masa itu.
Pada tahun berikutnya, pihak jabatan pelajaran negeri
SMKA Inanam dengan rasmi berpisah pentadbiran dengan SMK Inanam dengan menggunakan kemudahan Sekolah Agama Berasrama Penuh.Walaubagaimanapun, ia masih berkongsi bangunan sekolah ini bersama SMK Inanam.
Hanya pada tahun 1991 bangunan sekolah untuk SMK Inanam telah disiapkan dan sejak itulah terdapat dua buah sekolah menengah yang terletak sebelah-menyebelah di daerah Inanam ini.
Pada tahun 2009, sekali lagi perubahan telah berlaku iaitu nama sekolah SMKA Inanam telah ditukarkan dengan rasminya kepada nama SMKA Tun Ahmadshah .