imej

imej

PROGRAM JEJAK MINDA KHALIFAH

Program ini juga diadakan serentak dengan Kursus Amali Sembelihan iaitu pada 21 Mei 2011 . Seramai 60 orang peserta kesemuanya daripada pelajar tingkatan 3 telah menyertai program ini . Program ini dianjurkan oleh Syukbah Belia Masjid Bandaraya . Beberapa acara menarik diadakan seperti explorace dan ceramah.


Video Pendapat Pelajar

KURSUS AMALI SEMBELIHAN PROGRAM JEJAK MINDA KHALIFAH

Kursus amali sembelihan telah diadakan dengan jayanya di tepi Masjid At-Taqwa SMKA Tun Ahmadshah pada hari Sabtu 21 Mei 2011 . Sebanyak 40 ekor ayam telah selamat disembelih oleh para pelajar Tunas .

Bahagian Yang Disembelih:

Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.

Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN

Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:

Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.

Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.

Binatang itu masih hidup ketika disembelih.

Binatang itu adalah halal dimakan.

Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.

Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.

Mati dengan sekali sembelihan sahaja.

Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.

Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

Membaca basmalah.

Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.

Membaca salawat ke atas Nabi.

Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.

Menggunakan pisau yang tajam.

Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.

Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.

Menyembelih hingga terputus kepala.

Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan

Mari renungkan.....

“Janganlah berputus asa.

Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,

berjuanglah terus meski pun dalam keadaan putus asa.”
















Powered by Blogger.